Thursday 20 November 2014

Program Jaya Waris Kali Kedua 2014

Program ini telah dilaksanakan pada 17 November 2014 pada pukul 11.00 pagi bertempat di Dewan SK Telok Jamat. Program yang dihadiri hampir 110 orang ibubapa murid-murid sekolah ini antara lain bertujuan:
  • untuk mengwujudkan hubungan yang erat antara pihak waris dengan warga sekolah SKTJ dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
  • memberi peluang ibubapa mendapatkan maklumat tentang pembelajaran anak   masing-masing.
  • memberi pendedahan secara terus tentang sahsiah anak masing di antara ibubapa dan guru-guru.
  • membolehkan ibubapa membantu dan mencari alternative terbaik bagi meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid  di tahun hadapan.
Program ini mengadungi sesi taklimat prestasi akademik sekolah dalam Peperiksaa Akhir Tahun 2014 oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau juga turut menjelaskan tentang pelaksanaan Modul Perekodan Prestasi Murid Secara Offline. Program diakhiri dengan sesi perjumpaan Ibubapa dengan guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran bagi membolehkan semua ibubapa melihat dengan jelas dan telus kemajuan dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing.

 Gambar-Gambar Sepanjang Program :








0 comments:

Post a Comment