Friday 3 October 2014

Taklimat Penilaian Penarafan Bintang "Star Rating" LINUS 2.0 KPM.

Taklimat dan Sesi perbincangan antara guru-guru LINUS SK Telok Jamat dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah pada 02 Oktober 2014. Taklimat meliputi Lawatan pihak PPD Kota Setar bagi tujuan pemantauan terhadap perancangan dan pelaksanaan program LINUS 2.0 dari tahun 2013 dan 2014. Pemantauan juga meliputi Saringan 2 LINUS Bacaan ( LBI dan LBI ) dan Lisan ( Numerasi ) serta Saringan bertulis Tahun 1, 2 dan 3 bagi tujuan Penilaian Penarafan Bintang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbincangan diadakan bagi mengenalpasti status terkini perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa lawatan pihak PPD ke sekolah. Perkara-perkara yang dibincangkan antaranya adalah:
  • Fail-Fail LINUS
  • Minit Mesyuarat AJK LINUS
  • Pelan Strategik LINUS Sekolah
  • Kertas Kerja Pelaksanaan Program Intervensi LINUS
  • Penilaian Keberkesanan Program Intervensi
  • Tindakan Penambahbaikan / Pengubahsuaian Program
  • Program Sifar LINUS
  • Maklumat-Maklumat Kursus Guru-Guru LINUS
  • Data Penyeliaan dan Bimbingan Pegawai FasiLINUS
  • Jadual Pencerapan Pengurusan Sekolah.         
Perbincangan secara umumnya mencapai objektif dan penilaian semula oleh pentadbir akan diadakan semula pada 12 Oktober 2014. Kerjasama semua guru-guru amat baik dan dihargai.

0 comments:

Post a Comment