Wednesday 26 November 2014

Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2014

Bersempena dengan pengumuman Keputusan UPSR 2014 oleh KPM, pihak sekolah juga telah mengadakan satu majlis ringkas pada 26 November lalu bagi mengumumkan dan menyerahkan keputusan UPSR 2014 kepada 42 orang murid Tahun 6 pada tahun ini. Majlis yang dimulakan pada pukul 11 pagi telah dilaksanakan di Dewan SKTJ dengan dihadiri oleh semua murid-murid Tahun 6, ibubapa murid dan juga guru-guru SK Telok Jamat. Majlis yang dipengerusikan oleh Pn Roshalina Shamsudin dimulakan dengan bacaan doa oleh En Zamri Ismail dan diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar, En Mohd Ariff Ahmad.

Thursday 20 November 2014

Program Jaya Waris Kali Kedua 2014

Program ini telah dilaksanakan pada 17 November 2014 pada pukul 11.00 pagi bertempat di Dewan SK Telok Jamat. Program yang dihadiri hampir 110 orang ibubapa murid-murid sekolah ini antara lain bertujuan:
  • untuk mengwujudkan hubungan yang erat antara pihak waris dengan warga sekolah SKTJ dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
  • memberi peluang ibubapa mendapatkan maklumat tentang pembelajaran anak   masing-masing.
  • memberi pendedahan secara terus tentang sahsiah anak masing di antara ibubapa dan guru-guru.
  • membolehkan ibubapa membantu dan mencari alternative terbaik bagi meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid  di tahun hadapan.

Thursday 13 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Telok Jamat 2014

          Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Telok Jamat 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tanggal 13 November 2014 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.45 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Dato'Ariffin b. Man, Setiausaha Kerja Barisan Nasional Negeri Kedah Merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena.
          Majlis yang dilangsungkan di Dewan SK Telok Jamat dihadiri beberapa orang guru besar, wakil-wakil guru besar di sekitar PKG Pokok Sena dan juga ibubapa murid-murid yang menerima hadiah serta murid-murid yang terlibat dengan persembahan.

Saturday 1 November 2014

LDP Pemantapan PdP Menggunakan Standard 4 SKPM 2010


Program LDP ini telah dilaksanakan pada 1 November 2014 bertempat di Bilik ICT SK Telok Jamat dan telah dihadiri oleh 14 orang guru dan 3 orang Pentadbir. Program yang berlangsung selama hampir 2 jam telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Antara objektif tersebut adalah:
  1. membimbing guru-guru ke arah melaksanakan PdP yang berkesan dengan menggunakan satu modul khas berasaskan Standard 4, SKPM 2010.
  2. membolehkan guru-guru berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini dengan rakan sejawat di sekolah supaya kualiti PdP di sekolah ini dapat ditingkatkan.
  3. memanfaatkan SKPM 2010 ( Standard 4 ).

Friday 3 October 2014

Taklimat Penilaian Penarafan Bintang "Star Rating" LINUS 2.0 KPM.

Taklimat dan Sesi perbincangan antara guru-guru LINUS SK Telok Jamat dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah pada 02 Oktober 2014. Taklimat meliputi Lawatan pihak PPD Kota Setar bagi tujuan pemantauan terhadap perancangan dan pelaksanaan program LINUS 2.0 dari tahun 2013 dan 2014. Pemantauan juga meliputi Saringan 2 LINUS Bacaan ( LBI dan LBI ) dan Lisan ( Numerasi ) serta Saringan bertulis Tahun 1, 2 dan 3 bagi tujuan Penilaian Penarafan Bintang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sunday 28 September 2014


Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, edisi cetakan pertama 2011, guru LINUS & guru pemulihan berperanan seperti berikut:

Thursday 25 September 2014

I-Think

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.
Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.